Definisi Korupsi politik

Korupsi sendiri merupakan satu konsep yang sukar untuk ditakrifkan. Definisi korupsi yang betul memerlukan pendekatan pelbagai dimensi. Machiavelli mempopularkan dimensi korupsi terawal sebagai kemerosotan nilai murni dalam kalangan pegawai politik dan rakyat. Versi moden pakar psikologi Horst-Eberhard Richter mentakrifkan korupsi sebagai terjejasnya nilai politik. Takrifan korupsi sebagai "penurunan nilai" telah dikritik kerana disifatkan terlalu am dan terlalu subjektif untuk disejagatkan. Dimensi kedua korupsi ialah rasuah sebagai tingkah laku devian. Ahli sosiologi Christian Höffling dan ahli ekonomi JJ Sentuira kedua-duanya mencirikan korupsi sebagai penyakit sosial; dengan Sentuira mentakrifkan korupsi sebagai penyalahgunaan kuasa awam demi keuntungan seseorang.

Dimensi ketiga ialah quid pro quo. Korupsi sentiasa merupakan pertukaran antara dua atau lebih orang/pihak, di mana orang/pihak tersebut memiliki barang ekonomi, dan orang/pihak lain mempunyai kuasa yang dipindahkan untuk digunakan, mengikut peraturan dan norma tetap, ke arah kebaikan bersama. Keempat, terdapat juga tahap persepsi masyarakat yang berbeza terhadap korupsi. Heidenheimer membahagikan korupsi kepada tiga kategori. Kategori pertama dipanggil korupsi putih; tahap ini kebanyakannya dilihat dengan toleransi, dan malah mungkin sah; lazimnya berdasarkan hubungan kekeluargaan dan sistem pelanggan-penaung. Jenis korupsi yang sering berlaku dalam negara berperlembagaan atau dalam proses peralihan kepada sistem lebih demokratik dipanggil sebagai korupsi kelabu yang dianggap sebagai tercela mengikut norma sesebuah masyarakat, tetapi orang yang terlibat kebanyakannya masih tidak mempunyai sebarang perasaan untuk melakukan sesuatu yang salah. Kategori ketiga, korupsi hitam, sangat teruk sehingga melanggar norma dan undang-undang sesebuah masyarakat. Dimensi terakhir dipanggil sebagai "politik bayangan;" ini adalah sebahagian daripada proses politik tak formal yang melangkaui perjanjian politik tak formal yang sah hingga menjadi tingkah laku yang sengaja disembunyikan.[5]

Rujukan

WikiPedia: Korupsi politik http://www.adelaide.edu.au/cies/papers/0320.pdf http://nrs.harvard.edu/urn-3:HUL.InstRepos:4553011 http://dspace.mit.edu/bitstream/1721.1/73081/1/Olk... //citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/summary?doi=10.1.1... //citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/summary?doi=10.1.1... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26854622 http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://54pesos.org/2008/11/15/corruption-and-devel... //doi.org/10.1016%2FS0022-1996(99)00014-8 //doi.org/10.1016%2Fj.jdeveco.2005.09.009